Setuju dibawa ke pengadilan, tahanan Palestin tangguh mogok lapar

 

RAMALLAH– Tahanan Palestin, Givara al-Namora menangguhkan tindakan mogok lapar selama 21 harinya sejak semalam, setelah berjaya mencapai kata sepakat dengan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS).

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dalam satu kenyataan berkata, Namora bersetuju menangguhkan mogok lapar setelah mencapai kesepakatan dengan penjara Israel untuk dibawa ke pengadilan hari ini. 

Menerusi pendakwaan itu, dia berharap penahanan pentadbiran yang dikenakan ke atasnya dapat ditetapkan pada jangka waktu tertentu, selain jaminan tempoh itu dikurangkan atau menjadi yang terakhir.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata, 18 tahanan masih meneruskan mogok lapar, di mana 17 daripadanya adalah tahanan pentadbiran yang memprotes penahanan ke atas mereka tanpa tuduhan atau perbicaraan. 

Sementara, seorang lagi tahanan melancarkan mogok ekoran membantah tindakan pengasingan ke atasnya.

Mereka adalah sekitar 40 tahanan pentadbiran Palestin yang melakukan mogok lapar sejak awal tahun ini, sebagai membantah penahanan tidak adil. 

Namun, kebanyakan mereka berjaya dibebaskan atau mendapat ketetapan hukuman melalui tempoh tahanan pada tarikh tertentu untuk menghentikan tindakan protes berkenaan. 

Setakat ini, terdapat 540 Palestin yang menjadi tahanan pentadbiran di dalam penjara Israel. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts