Sheikh Ekrema dilarang masuk Masjid al-Aqsa

 

GAZA – Pihak berkuasa negara tidak diiktiraf, Israel bertindak melampau apabila melarang Sheikh Ekrema Sabri memasuki Masjid al-Aqsa selama satu minggu, lapor media Palestin.

Bercakap kepada wartawan, Sheikh Ekrema memaklumkan bahawa polis pendudukan Israel menahan dan menyiasatnya di Balai Polis Al-Qashleh di tengah-tengah Baitulmaqdis yang diduduki, atas dakwaan ‘menghasut keganasan ketika khutbah Jumaat’.

Sheikh Ekrema berkata: “Polis Israel menyerahkan saya satu perintah sekatan untuk satu minggu dan meminta saya hadir di balai polis untuk siasatan Sabtu depan.”

Beliau berkata, pihak berkuasa memaklumkankan bahawa perintah sekatan itu boleh diperbaharui.

 

 

Semalam, pasukan pendudukan Israel menyerbu rumah Sheikh Ekrema dan menyerahkan perintah untuk menghadiri balai polis untuk siasatan.

Sementara itu, Pusat Maklumat Wadi El-Helwa melaporkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel juga mengeluarkan perintah sekatan satu minggu untuk Sheikh Ahmad Abu Ghazaleh, salah seorang Imam Masjid Al-Aqsa.

Pihak berkuasa pendudukan Israel mengeluarkan perintah sekatan berkenaan kepada Imam dan pendakwah Masjid Al-Aqsa, atas tuntutan mencetuskan keganasan ketika khutbah mereka seperti khutbah Jumaat. – Ismaweb

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin dan Syria ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts