Starbucks Malaysia disahkan haram?

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Ia sekali gus menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial, WhatsApp baru-baru ini yang mengatakan Starbucks Malaysia disahkan haram.

Jakim menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya difahamkan dakwaan itu kembali menular dan ia sudah dijelaskan oleh Jakim sejak 2016.

“Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan daripada pengguna media sosial khususnya di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dan talian WhatsApp BPH Jakim.

“Pengguna media sosial banyak bertanyakan berkenaan status halal premis makanan Starbucks Malaysia,” katanya.

Katanya, kemusykilan itu berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh Jakim.

Jakim berkata, pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat menerusi pautan https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.

“Orang awam boleh merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya.

Katanya, pengguna juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang sah kerana ia dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts