Sultan Mizan titah pergiat program perkasa tulisan Jawi dan khat

 

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan kebimbangan dengan cubaan pihak tertentu untuk menghalang pelaksanaan tulisan Jawi di negara ini.

Baginda bertitah, tindakan itu akan menganggu usaha ke arah menyemarakkan tulisan berkenaan di Malaysia.

“Sukacita beta nyatakan di sini, adalah menjadi dasar kerajaan beta untuk melihat program-program memperkasakan tulisan Jawi dan penghayatan tulisan khat dapat disemarakkan dan dipergiatkan di negeri ini.

“Beta merasa khuatir dengan tindakan golongan tertentu yang cuba menghalang dan menganggu pelaksanaan tulisan Jawi daripada diamalkan masyarakat Islam,” titah baginda dalam majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1441H di Stadium Negeri di sini hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

 

 

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar dan barisan kepemimpinan kerajaan.

Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri ini agar mengambil iktibar peristiwa hijrah terutama kepentingan menjaga keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat, justeru walau apa jua sikap, polisi dan tindakan yang diambil mana-mana individu mestilah berasaskan kepada elemen tersebut.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa negeri telah membuat peraturan-peraturan yang menjurus ke arah itu termasuklah dalam hal perjalanan dakwah Islamiah dengan menetapkan peraturan yang tenaga pengajar beragama Islam di Terengganu mestilah mempunyai tauliah dan kebenaran.

“Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat Islam di Terengganu terpelihara daripada anasir-anasir penyelewengan akidah dan juga ajaran sesat. Sistem pemberian tauliah dapat menjamin kemampuan pengajar beragama Islam di negeri ini dalam memberikan ilmu di samping memastikan mereka merujuk kepada kitab dan sumber yang muktabar,” titah baginda. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts