Sultan Perak perkenan surau tidak dirobohkan, ganti baharu

 

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat di sini tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, perkara itu diputuskan hasil perbincangan khas yang diadakan susulan laporan media mendapat perhatian baginda.

“Perbincangan telah merumuskan empat perkara dan telah dipersembahkan kepada baginda.”Setelah berunding dengan jawatankuasa surau dan penduduk, selaras dengan pembangunan di kawasan berkenaan, surau sedia ada digantikan dengan pembinaan di lokasi lain dalam kawasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan akan menawarkan tapak gantian baharu sementara pihak pemaju akan membiayai kos sepenuhnya pembinaan sebuah surau baharu tersebut.

“Pegawai daerah Kinta bersama Majlis Agama Islam Perak akan mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak terlibat untuk memberikan penerangan dan mencari jalan penyelesaian dalam semangat bermesyuarah.

“Surau sedia ada akan terus berfungsi dan tidak akan dirobohkan sehingga surau baharu dibina, dilengkapkan dan mula berfungsi untuk memenuhi keperluan penduduk,” katanya.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan surau berusia hampir 40 tahun yang menjadi tumpuan penduduk dari, Kampung Seri Keramat, Kampung Seri Murni dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Toh Chendang akan diambil alih bagi memberi laluan kepada projek perumahan berhampiran.

Penduduk menerima notis daripada pihak peguam pada 9 April dan diberi tempoh sehingga Isnin lalu bagi mengosongkan surau dan rumah sebelum dirobohkan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts