Sultan Selangor larang aktiviti LGBT di Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenankan sebarang aktiviti atau perhimpunan bagi mempertahankan serta menuntut hak-hak daripada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor.

Titah baginda yang dipetik menerusi khutbah Jumaat negeri Selangor semalam, semua umat Islam tidak boleh melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung terhadap aktiviti mempromosi atau kumpulan yang melibatkan kumpulan tersebut.

Dalam khutbah tersebut turut menyatakan, perbuatan mana-mana individu atau kumpulan yang menyatakan sokongan terhadap hak asasi LGBT adalah haram, malah tindakan yang menyokong kepada kemungkaran boleh merosakkan akidah.

“Pengamal-pengamal LGBT dan yang mempertahankannya hendaklah kembali bertaubat, menyesal dan tidak mengulangi perbuatan haramnya. Kecenderungan seks songsang adalah tabiat yang boleh diubah melalui mujahadah nafsu yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, khutbah tersebut turut mengingatkan umat Islam diwajibkan untuk menjauhi fahaman dan pemikiran liberalisme selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Jawatankuasa itu turut menyatakan Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Orang Islam yang beriman dan bertakwa wajib menolak LGBT dan menolak kumpulan liberal yang mendokong tabiat songsang ini,” dalam khutbah tersebut.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts