Surau stesen minyak dinasihat dapatkan pengesahan arah kiblat

SEREMBAN: Surau-surau premis yang berada di Negeri Sembilan khususnya di stesen-stesen minyak dinasihatkan untuk mendapat dan menentukan arah kiblat yang tepat menerusi proses pengesahan dilakukan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, masyarakat Islam di negara ini dilihat semakin mempunyai kesedaran tinggi dalam ibadat solat mereka, justeru stesen-stesen minyak seringkali menjadi tempat persinggahan untuk menunaikan solat.

“Oleh itu, perlulah untuk disediakan tempat solat yang lebih baik dan kiblatnya diletakkan arah yang diyakini tepat. Kadangkala ada pengunjung termasuk di kawasan rehat dan rawat yang ragu-ragu dengan arah kiblat di surau-surau namun apabila telah diukur dan ada sijil pengesahan, barangkali ia (keraguan) tidak berlaku lagi.

“Pengesahan arah kiblat sangat penting dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak supaya arah kiblat itu tidak tersasar jauh dari Kaabah. Pesongan satu darjah dari arah kiblat adalah bersamaa 122 kilometer tersasar dari Kaabah dan ini tidak boleh dipandang mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Arah Kiblat Bagi Surau Stesen Minyak Petronas Seluruh Negeri Sembilan di Senawang, di sini.

Sementara itu, Pengurus Jualan Wilayah Selatan 1, Nizar Manshor berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 56 buah stesen minyak Petronas yang terletak di negeri ini telah selesai ditentukan arah kiblatnya.

“Hasil kerjasama Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, proses pengesahan kiblat ini berjaya disempurnakan dalam tempoh ditetapkan iaitu dalam masa kurang dari tiga bulan.

“Ini satu pencapaian yang baik mengambil kira faktor geografi dan logistik yang agak mencabar yang perlu dihadapi oleh petugas. Saya menganggap perkara ini sebagai satu fardu kifayah untuk kita sama-sama memastikan arah kiblat yang tepat dan telah disahkan oleh pihak yang berautoriti,” katanya. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts