Syarikat bukan Islam tiada sijil halal dilarang guna tulisan Jawi: Jakim

 

PUTRAJAYA – Syarikat bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk untuk tujuan mengelirukan pengguna boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, larangan itu sudah termaktub dalam undang-undang dan pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan.

“Kalau syarikat itu (bukan Islam) sudah memiliki sijil halal yang sah daripada Jakim tidak ada masalah (untuk gunakan tulisan jawi).

“Apa yang menjadi masalah adalah apabila syarikat bukan Islam yang tidak memohon serta memiliki sijil halal mengambil kesempatan dengan tujuan untuk mengelirukan pengguna Islam,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

 

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) yang mahukan kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bukan beragama Islam.

Mengulas lanjut, tindakan menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk khususnya makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal dibimbangi akan memberi kesan kepada pengguna khususnya yang beragama Islam.

Terdahulu, Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dilaporkan berkata, tulisan jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna dengan status halal sesuatu produk. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
4 comments
  1. Nak padan muka apa? Syarikat bukan Islam tapi ada sijil halal, boleh juga guna tulisan jawi. Bukan Islam ada sijil halal? Bukan Islam boleh guna tulisan jawi? Mana yg bagusnya? Sana je dipusing2. Yg sepatutnya, bukan Islan samada ada sijil halal atau tak, JANGAN GUNA TULISAN JAWI!

  2. x kiralah janji cina atau india non muslim ,ada sjil halal ker x ,jgn guna tulisan jawi .kan diorg tolak tulisan jawi .dah benci sangat x payahlah guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts