Syiah ancam kedaulatan, keselamatan Nigeria

nigeria-IMN-16dec15

 

ZARIA, Rabu – Bekas Naib Canselor Universiti Ahmadu Bello (ABU), Zaria, Profesor Abdullahi Mahdi mendakwa Gerakan Islam di Nigeria (IMN) atau dikenali sebagai Syiah, memberikan ancaman yang serius kepada keamanan dan kedaulatan negara itu.

Katanya, mengikut daripada pengalaman peribadi dan maklumat yang diperolehinya, aktiviti Syiah di Zaria, Kaduna, Gombo dan beberapa kawasan lain di Nigeria adalah lebih bersifat keganasan berbanding keamanan.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya kehakiman bagi siasatan pertempuran yang berlaku pada 12 hingga 14 Disember 2015, di Zaria antara gerakan Syiah dan tentera Nigeria.

Dalam keterangannya, beliau menegaskan bahawa IMN membawa keganasan dan bergerak di seluruh negara.

“Mereka merupakan ancaman kepada semua masyarakat,” katanya.

Malah katanya, propaganda Syiah kepada belia juga merupakan harapan palsu terhadap masa hadapan mereka.

Sebahagian daripada anggota Syiah kini mempunyai kedudukan penting dalam perkhidmatan kerajaan dan awam, yang memberikan sokongan ideologi, psikologi dan kewangan terhadap gerakan Syiah.

“Iran merupakan penaja Syiah dan sangat terkenal dengan agenda mereka untuk menyebarkan keganasan ke seluruh dunia.

“Kerajaan Iran menggunakan kumpulan Syiah sebagai alat untuk menyebarkan agenda mereka di negara-negara Islam yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar,” jelasnya.

Kumpulan ini wujud di negara-negara asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu dan mereka akan menggulingkan kerajaan dan menjejaskan kedaulatan negara itu.

Kumpulan Syiah ini telah diatur dengan baik melalui program latihan, terutama bagi latihan ketenteraan dan pelbagai latihan lain.

“Utusan Iran atau mungkin kumpulan tertentu daripada Iran menawarkan mereka dengan ideologi dan pelbagai bentuk latihan, terutama latihan ketenteraan yang dapat dilihat di dalam video klip,” ujarnya.

Menurut Mahdi, Syiah telah diperkenalkan di Nigeria oleh seorang warga Pakistan, Islamul-Haq yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Ekonomi, Universiti Ahmadu Bello pada pertengahan 1970 dan 1980.

“Beliau cuba untuk membawa saya ke dalam kumpulan Syiah tetapi saya menolak, bagaimanapun, beliau berjaya memancing Ibrahim al-Zakzaky yang merupakan seorang pelajar di Jabatan Ekonomi.

“Rumah Islamul-Haq dijadikan sebagai makmal dan pusat untuk pengambilan dan latihan ahli Syiah. Tidak dapat diragukan lagi, Iran adalah musuh nombor satu Nigeria,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/syiah-ancam-kedaulatan-keselamatan-nigeria/

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts