Tanah Makkah tandus bertukar hijau, terkenang hadis Nabi buat ramai insaf

TANAH Makkah yang merupakan gurun yang tandus bertukar hijau, warga maya dikejutkan dengan perubahan muka bumi yang jarang berlaku di Arab Saudi.

Bumi Arab Saudi yang terkenal dengan padang pasir yang gersang dan panas kelihatan berbeza apabila imej yang dirakam satelit menunjukkan kawasan itu bertukar hijau selepas hujan lebat baru-baru ini.

Baru-baru ini Arabia Weather melaporkan imej satelit Terra yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) merakamkan pemandangan hijau di beberapa kawasan di Arab Saudi.

Tumbuhan hijau didapati melitupi beberapa kawasan kering yang didominasi oleh padang pasir seperti kota Makkah, Jeddah dan Madinah.

Beberapa hari lalu sejak Disember 2022, taburan hujan yang tinggi direkodkan di Arab Saudi.

Susulan daripada itu beberapa kawasan di wilayah barat Arab Saudi dilitupi dengan kehijauan.

Dalam keterujaan menyaksikan fenomena jarang berlaku ini, ramai warganet berasa takut dan mengaitkannya dengan tanda-tanda seperti mana sabda oleh Nabi Muhammad SAW ribuan tahun dahulu.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts