Tangisan Rasulullah Membasahi Tanah

 

1. Saidina al-Bara’ menceritakan bahawa beliau pernah menguruskan jenazah bersama Rasulullah. Rasulullah duduk ditepi kubur dan menangis bersungguh sehingga air matanya membasahi tanah. Lalu Baginda berpesan kepada para sahabat:

يا إخواني لمثل هذا فأعدوا

“Wahai saudara-sadaraku, beginilah kita nanti (iaitu akan dikebumikan ke dalam tanah), maka lakukanlah persediaan.” (HR Ibn Majah)

2. Atas dasar itu Allah sentiasa mengingatkan kita agar jangan terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga gagal mempersiapkan diri untuk akhirat. Firman Allah:

يَا أَيٌّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقُّ فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الحَيَاةُ الدٌّنيَا

“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar, janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia.”

3. Seorang lelaki Ansar pernah bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling bijak. Rasulullah lantas menjawab:

أكثرهم ذكراً للموت وأشدهم استعدادا له، أولئك هم الأكياس ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الآخرة

“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuk kehidupan setelah kematian, mereka itulah orang yang paling bijak. Mereka memperoleh kemuliaan didunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)

 

 

4. Dengan sebab itu Sheikh Abu Ali al-Daqqaq berpesan, bahawa mengingati mati akan menghidupkan jiwa manusia bahkan memberikan tiga kelebihan. Kata beliau:

من أكثر من ذكر الموت أكرم بثلاثة أشياء: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة

“Barangsiapa yang banyak memperingati mati akan dimuliakan dengan tiga perkara iaitu: (1) dia akan menyegerakan taubat, (2) mengingati mati menenangkan jiwa dan (3) akan menggalakkan manusia untuk lebih beribadah.

5. Andai seorang itu sentiasa mengingati mati, adakah ada masa buat dirinya untuk memikirkan maksiat. Adakah dia sedar bahawa Malaikat Maut boleh datang dalam keadaan dia melakukan dosa? Dengan sebab itu Saidina Ali pernah berkata:

الناس نيامٌ، فإذا ماتوا انتبهوا

“Manusia semuanya seakan tidur, mereka hanya akan sedar ketika kematian sampai kepada mereka.” (Abu Nu’aim, Hilyah)

FB Dr. Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts