Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin

 

GAZA: Tentera Zionis menembak mati dua remaja Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun semasa bantahan di sempadan Gaza semalam, kata pegawai kesihatan Palestin.

Tentera Israel berkata, mereka melepaskan tembakan sebagai tindak balas apabila bahan letupan dan batu dilemparkan atas pagar sempadan.

Pegawai kesihatan Gaza berkata, seorang daripada remaja terbabit ditembak semalam berusia 18 tahun dan seorang lagi 14 tahun.

Israel menyatakan mereka terpaksa menggunakan tindakan kekerasan bagi mempertahankan sempadan dirosakkan dan diceroboh.

Jurucakap tentera berkata, pihaknya berdepan dengan 6,000 penduduk Palestin semasa bantahan itu semalam bila mana beberapa orang daripada melemparkan batu dan bahan letupan di atas pagar.

Sekurang-kurangnya 249 penduduk Palestin terkorban akibat ditembak tentera Israel semasa bantahan sejak Mac tahun lepas. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts