Terap sahsiah Rasulullah pada HKID

SHAH ALAM – Penerapan sahsiah Rasulullah antara yang ingin diterapkan dalam penganjuran Hari Kanak-Kanak Islam Sedunia (HKID) pada 19 Oktober depan.

Penganjurannya adalah kerjasama antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan MyChild International Secretariate (MCIS) bersama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Kedah dan Puspanita Polimas Kedah.

Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, acara tersebut akan melibatkan ucapan wakil kanak-kanak dari negara ini selain Indonesia, Filipina, Palestin, Turk, Pakistan dan Amerika Syarikat.

Katanya, intipati ucapan adalah berkisar sirah Rasulullah SAW sebagai insan teladan dan keazaman kanak-kanak untuk mencontohi akhlak baginda.

“Kami berpendapat HKID sangat sesuai memilih 12 Rabiulawal iaitu tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W sebagai tarikh rasmi setiap tahun untuk seluruh dunia menyambutnya demi membangun semula nilai insan dan tamadun terunggul yang sangat diperlukan di zaman ini.

“Mesej yang hendak disebarkan ialah memupuk kecintaan kanak-kanak kepada insan paling mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W agar menjadi ikutan dalam aspek kehidupan mereka nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts