Teruskan protes! Bangkit pertahan hak Palestin: Al-Qassam

 

BAITULMAQDIS – Sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Briged Izzuddin Al-Qassam sekali lagi mengancam untuk terus menyerang Tel Aviv sekiranya rejim penjajah Israel berterusan menyasarkan kediaman orang awam di Gaza.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaida berkata, Tel Aviv akan diserang tepat pada waktunya dengan serangan peluru berpandu yang lebih parah daripada yang berlaku di Ashkelon. 

“Musuh harus faham mesej kami jelas dan jika kembali melakukan pelanggaran, kami akan kembali lakukan pembalasan),” katanya. 

Menerusi pesanan suara ringkas yang dikeluarkan pagi ini, Abu Ubaida meminta penduduk Palestin ‘bangkit’ menentang Israel dengan terus melakukan protes menuntut hak mereka dari pemerintah haram Israel.

Dalam nota suara ringkas yang dikeluarkan pada awal pagi hari Rabu ketika beberapa bandar Palestin di Israel mengalami kekacauan sebagai tunjuk perasaan dalam solidariti dengan penduduk Palestin di Gaza dan Yerusalem, Abu Ubaida menggesa para penunjuk perasaan untuk tetap tidak tergoyahkan.

“Penduduk Palestin dijajah dari tahun 1948, warga kita di Baitulmaqdis yang diberkati, di Jaffa, Akka, Lod, Ramla, Umm al-Fahm dan Negev dan di setiap inci Palestin – kami berasal dari anda dan anda dari kami.

“Berpegang teguh dengan kedudukanmu dan hadapi kesombongan penjajah… Bangkitlah mempertahankan Palestin,” kata Abu Ubaida.  

Beliau menekankan untuk menghapus perbezaan antara Palestin di dalam Israel dan Palestin di wilayah yang dijajah. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts