Tiga cara membuat ibu bapa kita bahagia

doa kepada ibu bapa

 

Buat anak-anak yang soleh, ada tiga cara membuat ibu bapa kita bahagia, tidak kira ketika mereka masih hidup atau telah kembali ke alam baqa’.

Pertama, menuruti segala pesan-pesan mereka yang baik, terutamanya dalam urusan-urusan agama. Bila kita taat kepada perintah mereka dalam urusan-urusan agama, ibu bapa akan turut sama mendapat saham pahala, tidak kira jika mereka masih hidup dan lebih utama, ketika mereka telah meninggal dunia.

Kedua, melakukan infaq, dan kemudian meniatkan pahalanya untuk mereka. Pahala ini akan sampai kepada mereka menurut banyak nas-nas yang sahih. Lebih istimewa, kita selaku pelaku amal itu juga akan mendapat pahala yang sama, yang tidak akan dikurangi sedikit pun.

Ketiga, mendoakan kebaikan untuk mereka samada ketika mereka telah hidup atau mereka telah tiada. Doa anak yang soleh adalah antara doa-doa yang utama yang disebut di dalam Al Quran dan dalam hadis-hadis baginda. Doa dari anak yang soleh adalah sumber ketenangan buat ibu bapa, tidak kira di dunia atau di alam sana.

Moga-moga Allah menjadikan kita sebagai kunci-kunci kebaikan buat ibu bapa kita semuanya. Insya-Allah.

Dr Hisham Sharif

Sumber: https://www.facebook.com/hisham.sharif.5/posts/1170736556281112

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
4 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Makna MUROBBI

  Bila berbicara tentang murobbi, ia tak lari dari makna murobbi itu sendiri. M: Management – bagaimana mengurus…