Timbalan Mufti Perak saran Mujahid jumpa Zakir Naik

 

TIMBALAN Mufti Perak, Zamri Hashim mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan dialog dan pertemuan secara harmoni dengan Dr Zakir Naik sebelum membuat sebarang dakwaan.

Beliau berkata, dakwaan Mujahid bahawa kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai kerana menggunakan perdebatan yang mencaci agama lain perlu diiringi dengan bukti yang kukuh secara objektif.

“Selalunya Dr Zakir akan mendahulukan orang bukan Islam untuk bertanya mengenai Islam, majlis beliau (Dr Zakir) beri peluang kepada orang bukan Islam untuk memahami Islam.

“Tiada satu kes pun yang dilaporkan berlaku paksaan di dalam menganut Islam begitu juga tiada kes mencerca agama lain dalam ceramahnya,” katanya ketika dihubungi NSTP di Ipoh, hari ini.

Semalam, NSTP melaporkan Mujahid mendakwa Dr Zakir suka menghina dan mencaci agama lain yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik.

Mujahid berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dengan memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontroversi, Dr Zakir.

Zamri berkata, pendekatan digunakan Dr Zakir adalah dari sudut perbandingan agama dan meninggikan Islam secara fakta, tertib serta ilmiah dan ia tidak salah dengan hukum syarak.

“Saya cadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mujahid) dan Dr Zakir mengadakan dialog dan pertemuan harmoni selaras dengan tindakan bijak (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad secara tegas menolak tekanan menghantar pulang Dr Zakir,” katanya.

Zamri berkata, kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas kepada individu yang mencerca agama Islam dan bukannya kepada Dr Zakir yang menggunakan pendekatan meninggikan Islam secara fakta, tertib serta ilmiah. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts