home Semasa Tinggalkan perkataan tidak elok

Tinggalkan perkataan tidak elok

 

1. DALAM berpuasa ini, barangkali ada kawan yang mencetuskan sesuatu yang boleh menyebabkan kita ingin membalasnya dengan kata-kata yang tidak elok. Tahanlah diri dan ucapkanlah: “Aku berpuasa.”

2. Ini kerana puasa adalah proses tarbiah, mendidik jiwa kita dari terjerumus dalam melakukan perkara yang tidak baik. Latih diri untuk melakukan sedemikian kerana ia adalah sunnah.

3. Perkara ini tidak terhad kepada ucapan yang terpacul dari mulut sahaja malah dari tulisan jari-jemari kita juga. Tahan diri kita dari menulis komen yang tidak baik dalam Facebook, WhatsApp, twitter dan sebagainya. Kerana luahan jari-jemari kita juga adalah lahir dari jiwa yang sedang berpuasa tersebut.

4. Malah luahan dari jari-jemari ini lebih membimbangkan. Ia terkadang lebih laju dari apa yang terpacul dari mulut sekaligus memberi indikator tentang hati dan jiwa seseorang.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *