Tinggalkan sikap keakuan, megah diri antara intipati Khutbah Arafah

Arafah: Umat Islam di Malaysia diseru supaya meninggalkan sikap keakuan atau berasa megah dengan diri sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah pada Hari Wukuf semalam, berkata mereka sebaliknya perlu bersikap rendah diri antara satu sama lain dan menyerahkan sepenuh keabdian serta ketaatan kepada Allah SWT.

“Buangkan sifat takabbur yang bersarang dalam diri. Jangan berasa diri kita lebih baik, lebih mulia dan lebih besar berbanding orang lain.

Ingatlah bahawa sikap keakuan inilah yang telah mencampakkan iblis dan syaitan menjadi makhlukNya yang ingkar ketika disuruh untuk sujud kepada Nabi Adam AS,” katanya.

Beliau berkata dengan hanya memakai dua kain putih, ibadat haji mengajar erti menginsafi kekurangan dan kelemahan diri selain lambang kesamarataan di hadapan Allah SWT.

Mohd Na’im berkata harta, jawatan, rupa paras bukanlah kelebihan yang menjadi ukuran tetapi hanya ketakwaan yang dilihat Allah SWT.

“Sekembalinya kita nanti, kita pulang dengan semangat baharu untuk terus istiqamah menjadi hambaNya yang bertakwa, dan menjalani lembaran hidup baharu yang suci dari dosa dan noda,” katanya.

Setelah selesai Khutbah Arafah, jemaah haji melaksanakan solat jamak takdim Zuhur dan Asar secara tamam dan disusuli talbiah dan zikir.

Terdahulu, Mohd Na’im meluangkan masa melawat khemah penempatan serta beramah mesra dengan jemaah haji Muassasah di sini.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini. -MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts