Tun Ahmad Sarji dilantik Pengerusi IKIM yang baharu

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu, berkuat kuasa 4 Februari lalu.

Menurut IKIM dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melantik Ahmad Sarji kerana beliau berpengalaman luas dan cemerlang dalam menerajui pelbagai badan kerajaan serta organisasi dalam sektor awam, korporat, agama, pendidikan, budaya dan sukan sejak 1961 hingga kini.

“Pada tahun lalu, beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam.

“IKIM amat yakin pelantikan beliau akan mengukuhkan lagi prestasi IKIM dalam menjayakan misi dan visi penubuhannya untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa dengan menjalankan program penyelidikan bermanfaat besar, meningkatkan kefahaman Islam yang benar kepada pelbagai lapisan masyarakat di dalam dan luar negara, serta memberi khidmat perundingan kepada semua pihak melalui saluran media dan ilmiahnya,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Dr Mahathir turut melantik Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman sebagai Naib Pengerusi IKIM berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Beliau berpengalaman amat luas dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan antara lain, merupakan Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin (Syariah) di Jabatan Peguam Negara,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, jawatan Pengerusi IKIM disandang bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018.

Ahmad Sarji yang merupakan pengasas institusi itu, dilantik menjadi Pengerusi yang pertama pada 1992. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts