Turki tarik balik larangan bertudung untuk tentera

 

ISTANBUL – Kerajaan Turki menarik balik larangan pemakaian tudung terhadap anggota wanita yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata di negara itu.

Perkara itu diumumkan semalam selepas Kementerian Pertahanan mendapat arahan bahawa pegawai wanita dalam kakitangan awam, ibu pejabat pusat arahan serta cawangan tentera dibenarkan bertudung.

Menteri Pertahanan Fikri Isik berkata, senelum ini cawangan penguat kuasa undang-undang dan polis menarik balik sekatan berkata, dan hari ini giliran tentera.

“Masalah berkaitan menghalang pemakaian tudung kini dikeluarkan sepenuhnya di Turki. Sesiapa yang berhasrat menjalankan tugas sambil memakai tudung boleh berbuat demikian,” katanya.

Tentera adalah institusi terakhir Turki wanita dilarang memakai tudung, selepas pembaharuan kerajaan Islam di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang membenarkannya dipakai di institusi pendidikan, politik dan polis.

Berdasarkan pembaharuan itu, wanita boleh memakai tudung di bawah topi atau beret selagi ia warna sama seperti seragam dan tidak menutup wajah.

Parti pemerintah Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) diasaskan bersama Erdogan, sekian lama menggesa penyingkiran sekatan ke atas wanita memakai tudung kepala. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts