TV Alhijrah: Hasrat Menteri Agama jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata hasratnya agar TV Alhijrah membina kefahaman masyarakat mengenai sistem jenayah syariah menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah, hasrat saya supaya TV Alhijrah membawakan program untuk membina kefahaman masyarakat berkaitan sistem jenayah syariah telah menjadi kenyataan,” ujarnya dalam hantaran di laman sosial beliau, semalam.

Sebagai permulaan, katanya program itu akan bersiaran sebanyak empat episod dengan menampilkan tokoh-tokoh akademik yang berkepakaran dalam topik sistem jenayah syariah termasuk hudud, qisas dan takzir.

Menurutnya, TV AlHijrah akan terus tampil sebagai sebuah stesen yang menyiarkan program-program pendidikan serta membina nilai dan akhlak.

“Inilah prinsip teras kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Sokongan kalian semua amat bermakna kepada kami,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua menyaksikan program berkenaan dengan tajuk ‘Kesalahan di Bawah Hudud’ di TV AlHijrah jam 10.30 malam. – Harakahdaily

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts