Umat Islam perlu bersatu: Yusuf Al- Qaradawi

yusuf-qardhawi-syaikh-dr

 

ISTANBUL, 8 Muharam 1438H, Ahad – Umat Islam di seluruh dunia perlu datang membantu saudara-saudara mereka di Syria yang dikepung di bandar Aleppo, kata Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.

“Aleppo kini menjadi sasaran keganasan rejim Syria dan sekutu-kutunya dan kejadian itu menyebabkan orang awam mengalami penderitaan.

“Sebagai umat Islam, kita perlu bekerjasama untuk mempertahankan Aleppo daripada serangan musuh-musuh Islam ini,” katanya dalam temubual secara eksklusif kepada rangkaian Agensi Anadolu.

Dalam pada itu, Sheikh Yusuf berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia tidak boleh dipisahkan.

“Sebagai umat Islam, kita semua berkongsi nasib yang sama,” kata beliau.

Daerah timur Aleppo yang dikuasai pemberontak, kini dalam kepungan tentera rejim Syria dan sokongan udara daripada Rusia.

Kepungan di ibu negeri Syria itu menyebabkan kekurangan sumber makanan dan peralatan perubatan hingga mengancam nyawa penduduk awam di bandar itu. – Agensi

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts