Umat Islam wajib bela OKU

ALOR SETAR: Umat Islam yang sempurna diwajibkan untuk membela dan menjaga kebajikan orang kurang upaya (OKU) dan Islam melarang sebarang bentuk penganiayaan terhadap golongan itu.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata sekiranya ia berlaku, OKU itu akan menuntut haknya di ‘mahkamah Allah’ kelak.

“Dalam Islam haiwan dengan haiwan pun akan diadili di hadapan Allah sebagai contoh kambing yang bertanduk bertindak menanduk rakannya, di akhirat nanti rakan dia yang kena tanduk akan tuntut pembelaan di hadapan Allah.

“Itulah contoh hendak menzahirkan keadilan Allah dalam membalas penganiayaan dan membela makhluk-Nya walaupun antara haiwan apatah lagi kita sesama manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Zakat Perniagaan serta Agihan Zakat Fitrah oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Menara Zakat di sini, ke!marin

Mengulas lanjut, Fadzil berkata Islam meletakkan zuriat bani Adam pada tahap yang sama walaupun OKU serta semuanya dimuliakan Allah.

Justeru katanya, semua orang berhak dihormati dan diberi layanan sama rata .

“Golongan OKU ini tidak boleh direndah-rendahkan, dicaci apatah lagi didera, mereka adalah sebahagian daripada kita yang memerlukan kasih sayang dan belaian kita walaupun kita bukan ibu bapa kandung mereka.

“Dalam Islam mempunyai adab-adab terhadap OKU dan mereka juga mempunyai hak mereka. Perlu kita ingat juga golongan OKU ini lebih terselamat daripada melakukan maksiat dan sudah tentu syurga adalah tempat mereka sebagai contoh jika OKU itu cacat penglihatan, mereka sudah tentu tidak melakukan maksiat mata jika dibandingkan dengan kita yang celik,” katanya.- Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts