Umat Islam wajib bina Negara Islam, tegak hukum Allah

Ustaz-Fauzi-Asmuni

 

SELAYANG – Umat Islam diseru mendirikan sebuah negara Islam seperti yang dituntut dalam agama Islam.

Naib Presiden Isma, Ustaz Fauzi Asmuni berkata, mendirikan sebuah negara Islam adalah satu kewajiban setiap umat Islam untuk melaksanakan setiap hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah.

“Islam adalah satu agama yang menuntut umatnya mendirikan sebuah negara. Ini kerana daripada negara itulah umat Islam boleh melaksanakan hukum-hakam syariat dan melaksanakan kekuasaan Allah ke atas muka bumi ini,”pada Ceramah Maal Hijrah bertajuk ‘Bagaimana Negara Islam Madinah Dibina?’ di Hospital Selayang semalam.

Ustaz Fauzi juga menegaskan bahawa tujuan Islam menuntut umatnya mendirikan negara Islam adalah kerana Allah mahu orang Islam menentukan hala tuju dunia dan menegakkan keadilan.

“Allah tidak mahu orang Islam sentiada ditindas. Allah mahu orang Islam duduk di tempat paling atas, menguasai dan menentukan hala tuju dunia,” katanya.

Beliau turut membidas sebahagian umat Islam yang takut untuk mendirikan Negara Islam kerana terpedaya dengan persepsi salah yang ditimbulkan orang Barat.

“Barat memberi pelbagai persepi salah yang bertujuan memburuk-burukkan Islam. Bila sebut Negara Islam, mereka mengatakan mengenai ISIS, negara mundur, kejam dan zalim,” katanya.

Justeru, Ustaz Fauzi menyeru umat Islam mencontohi cara dan strategi Rasulullah dan sahabat-sahabat dalam pelaksanaan dan pembukaan negara Islam seperti kota Mekah dan Madinah.

“Dakwah Rasulullah cukup berstrategi, bersungguh-sungguh, tiada istilah berehat-rehat dan Rasulullah mengambil segala usaha untuk kukuhkan negara Madinah pada waktu itu.

“Selepas kewafatan Rasulullah, Khalifah Rasyidin mengembangkan Islam dengan mengambil semangat Rasulullah sehingga Islam tersebar ke utara Afrika, tanah India dan sehingga ke sebelah timur dan barat,” katanya lagi.

Ceramah ini adalah anjuran Biro Dakwah Isma cawangan Gombak dengan kerjasama Hospital Selayang dan telah dihadiri oleh kakitangan hospital. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts