Usaha perkasa perundangan syariah tidak pernah terhenti


SHAH ALAM – Usaha bagi memperkasakan perundangan syariah tidak pernah terhenti, malah terus diperhebatkan, kata Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berusaha tanpa henti dalam memberikan penerangan dan kesedaran berkenaan undang-undang syariah.

“Alhamdulillah, beberapa program telah disusun dan digerakkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens).

“Baru-baru ini, kita telah mengadakan satu konvensyen berkenaan kesedaran terhadap pematuhan undang-undang syariah pada 13 Oktober lalu. Berbagai lagi program sedang disusun dan dirangka untuk agenda ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Ahmad Marzuk berkata, semua usaha itu adalah untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan komuniti di negara ini agar dapat melahirkan masyarakat terbaik.

“Diharapkan dengan secebis usaha ini, dapatlah kita membawa kerahmatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’,” ujar beliau.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts