UUM pertahan program jemput Zakir Naik

 

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) mempertahankan penganjuran program melibatkan penceramah kontroversi Zakir Naik dengan menyatakan bahawa pihak universiti telah memastikan sensitiviti semua pihak dijaga.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali dalam kenyataan media hari ini berkata pihak universiti tidak memaksa pelajar untuk menghadiri program itu.

“Ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.

“Pihak UUM berpengalaman menganjurkan program yang melibatkan tokoh-tokoh berprofil tinggi, dan telah memastikan semua bentuk program yang boleh menimbulkan sensitiviti terhadap mana-mana pihak dan agama tidak dilakukan demi menjaga kesentosaan dan kesejahteraan pelajar dan universiti.

“Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa beradab dalam menangani perbezaan pendapat,” katanya.

Jelas Dr Hendrik, program bertajuk Duty Of A Muslim As A Professional: Zakir Naik itu adalah anjuran Persatuan Kebajikan Malaysia (Perkim) Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

Tambahnya, program itu bertujuan mendedahkan pelajar kepada realiti sosial dan isu semasa khususnya pelajar-pelajar UUM yang bakal menjadi pengurus dan golongan profesional pada masa hadapan.

Semalam, Naib Presiden MCA Ti Lian Ker membidas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang berkata pihak UUM mempunyai autonomi untuk mengundang Zakir dalam program mereka.

Ti menggesa Teo meletakkan jawatan kerana menurutnya, timbalan menteri sepatutnya menasihatkan UUM mengenai kemungkinan kerosakan dan pengaruh negatif Zakir terhadap penuntut universiti berkenaan.

Pemimpin MCA itu juga berkata DAP pada 2017 pernah menggambarkan pendakwah kelahiran India itu sebagai “liabiliti jelas kepada Malaysia.”

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bertemu dengan Zakir dan menyifatkan usaha dakwah beliau menjadi sumber inspirasi.

Bagaimanapun, beberapa bulan sebelum itu, menteri di JPM berkata gaya dakwah Zakir tidak sesuai untuk Malaysia dan membayangkan kaedah memperlekehkan agama lain sebagai tidak wajar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya tidak akan mengusir Zakir, yang merupakan pemastautin tetap Malaysia, walaupun terdapat permohonanekstradisi dari India.

Pihak berkuasa India sedang menyiasat pendakwah tersebut atas tuduhan pengubahan wang haram dan membuat ucapan kebencian.

Walau bagaimanapun, Zakir mendakwa beliau menjadi mangsa tuduhan palsu dan kumpulan fanatik agama di India yang mahu mencemarkan nama baiknya. – malaysiakini

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts