Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.

JAWI dalam kenyataan memaklumkan siasatan itu dilakukan bagi memastikan amalan tersebut tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa yang sedang berkuat kuasa.

“Sebarang kesalahan yang berhubung akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 599, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” menurut kenyataan itu.

Insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menurut JAWI, keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam namun semua pihak dinasihat agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan dilaksana mengikut lunas hukum syarak. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts