Wanita tertua dunia meninggal dunia ketika berdoa

 

BRATSKOE: Seorang wanita yang dipercayai pihak berkuasa Russia sebagai manusia tertua di dunia meninggal dunia, ketika sedang berdoa.

Koku Istambulova adalah mangsa terselamat daripada kekejaman Stalin terhadap penduduk Republik Chechnya, beliau sepatutnya mencapai usia 130 tahun, Jun depan, menurut rekod yang disahkan tabung persaraan negara itu.

Beliau lebih tua berbanding seorang wanita yang disenaraikan dalam Russian Book of Records yang meninggal bulan lalu pada usia 128 tahun, menurut pihak berkuasa.

Koku menjadi perhatian, tahun lalu, selepas berkata, sepanjang usianya yang panjang hanya sehari sahaja beliau gembira iaitu ketika masuk ke rumah yang dibina sendiri sekembalinya dari buangan di Kazakhstan.

Cucu lelaki beliau, Iliyas Abubakarov berkata, beliau menikmati makan malam seperti biasa pada 27 Januari lalu di kampung asalnya di Republik Chechnya.

“Beliau bergurau, bercakap. Tiba-tiba menjadi tidak sihat dan mengadu sakit dada. Kami memanggil doktor dan dimaklumkan tekanan darah beliau turun.

“Doktor memberikan suntikan. Namun, mereka gagal menyelamatkan beliau. Tidak lama kemudian beliau meninggal secara senyap, dalam keadaan sedar sepenuhnya dan sedang berdoa,” kata Iliyas.

Jenazah Koku dikebumikan di kampung asalnya di Bratskoe. Ahli keluarga beliau yang masih hidup termasuk lima cucu dan 16 cicit.

Koku yang beragama Islam dilahirkan sebelum Tsar terakhir Nicholas II dimahkotakan, beliau mengatasi satu generasi Kesatuan Soviet, menurut satu pasport Russia miliknya.

Difahamkan, tarikh lahir beliau adalah 1 Jun 1889, ketika Ratu Victoria memerintah Britain. Namun, pasport beliau hanya menyatakan tahun kelahiran tanpa maklumat hari atau bulan apa. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts