Yahudi buka kuil baharu di bawah Masjid Al-Aqsa

 

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa tempatan rejim Israel secara rasmi membuka kuil baharu Yahudi yang dibina di bawah Masjid Al-Aqsa, semalam.

Kuil itu mengambil masa 12 tahun untuk dibina di bawah Dinding Al-Buraq atau dikenali sebagai Dinding Barat bagi kaum Yahudi, kata Yayasan Warisan Israel.

Sejak beberapa tahun lalu, institusi Islam di Baitulmaqdis Timur membuat aduan dan bantahan terhadap penggalian yang dilakukan oleh pihak berkuasa rejim Zionis di bawah pekarangan Masjidil Aqsa.

Ketua Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis, yang juga bekas Imam Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri menegaskan bahawa Dinding Al-Buraq adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.

“Dinding itu adalah sebahagian daripada warisan Islam dan akan kekal sehingga Hari Kiamat. Pihak berkuasa Israel tidak boleh menuntut warisan Baitulmaqdis.

“Kuil baharu itu tidak mempunyai unsur sejarah. Semua pembinaan baharu oleh Israel di Baitulmaqdis adalah tidak sah dan lemah dari sudut sejarah dan bandar suci itu tidak boleh dibahagikan,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengeluarkan resolusi yang menafikan hubungan Israel dengan Masjid Al-Aqsa dan Dinding Al-Buraq di Baitulmaqdis.

Sejak lebih dua minggu lalu, ketegangan di Palestin memuncak apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts