Yayasan Ikhlas lancar misi bantuan banjir Pantai Timur

 

BANGI – Yayasan Ikhlas telah melancarkan Bantuan Banjir Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Hj Kamaruddin Kassim berkata, misi bantuan di Pantai Timur akan dijalankan dengan kerjasama pasukan Bomba dan pasukan perubatan dari Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).

“Kami akan jalankan misi pertama pada Sabtu, 2 Disember ini dengan menyampaikan sumbangan makanan dan bantuan perubatan di Rantau Panjang,.

“Usaha ini akan berterusan. Misi-misi bantuan makanan, perubatan dan pasca banjir akan disusun di setiap kawasan banjir di Pantai Timur, ” katanya.

Beliau berkata, sumbangan berupa barangan seperti kit makanan, kit kesihatan boleh dihantar ke pejabat Yayasan Ikhlas yang beralamat di No 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Manakala sumbangan wang tunai pula boleh disalurkan melalui Akaun Yayasan Ikhlas di CIMB Islamic : 8600 601 366, Maybank Islamic : 5628 3463 6228, Bank Rakyat : 1108 0100 1514.

Jika terdapat sebarang makluman atau persoalan, boleh hubungi Yayasan Ikhlas di talian 019-3421384 (Ustaz Luqman) atau 03 8926 5954. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts