Yayasan Ikhlas Mula Beraksi: Misi Menyelamat dan Bantuan Awal ke Kelantan

Kelantan, 24 Nov – Yayasan Ikhlas bertolak ke Kelantan hari ini bagi melaksanakan misi menyelamat serta menyampaikan bantuan awal kepada mangsa banjir. Mereka dijangka tiba di Tumpat pada jam 7.00 petang, Isnin, 24 November.

Ahli misi Yayasan Ikhlas baru sahaja menamatkan Kursus Pengendalian Bot bersama Agensi Pengurusan Bencana (APM) pada 25-26 Oktober lepas, bagi memperkukuhkan kemahiran mereka dalam operasi menyelamat di kawasan terjejas banjir.

Setakat 1.04 petang ini, seramai 9,139 mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Kelantan.

Pihak Yayasan Ikhlas berharap misi ini berjalan lancar dan dapat memberi bantuan serta sokongan segera kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts