Zahid Quraishi warga Islam pertama dilantik sebagai Hakim Persekutuan AS

 

WASHINGTON – Senat pada Khamis meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

“Quraishi akan menjadi warga Islam AS pertama dalam sejarah AS untuk berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan Artikel III. Islam adalah agama ketiga terbesar di AS dan beliau adalah yang pertama dilantik sebagai Hakim Artikel III,” kata Ketua Majoriti Senat Charles Schumer sebelum pengundian.

Senator meluluskan pelantikannya dengan 81 menyokong dan 16 membantah bagi mengesahkan Quraishi untuk menjadi hakim di mahkamah daerah New Jersey, lapor Xinhua yang memetik The Hill.

Seramai 32 senator daripada Parti Republikan menyokong Demokrat untuk meluluskan usul berkenaan, menurut laporan itu.

Quraishi, anak pendatang Pakistan, telah berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS sejak 2019, dan sebelum ini bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pejabat peguam AS dan berkhidmat dalam tentera.

Beliau adalah calon kehakiman ketiga yang dilantik Demokrat sejak Joe Biden mengangkat sumpah mengetuai Rumah Putih. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts