Zikir Subbuhun Quddus

 

1. Sedarkan kita bahawa zikir “Subbuhun Quddus” yang sering kita ucapkan adalah lafaz yang sering dibaca oleh Rasulullah di dalam rukuk dan sujud Baginda. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Saidatina Aisyah:

إِنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كان يقولُ في ركوعِهِ وسجودِهِ: “سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، ربُّ الملائكةِ والروحِ

“Sesungguhnya Rasulullah sering membaca dalam rukuk dan sujud Baginda (zikir ini): Subbuhun Quddus Rabul Malaikati War Ruh” (HR Muslim).

2. Yang dimaksudkan dengan lafaz Subbuh adalah sifat Allah yang disucikan daripada segala kekurangan dan kejahatan. Kata Abu Ishaq al-Zajjaj:

السُّبُّوحُ: الذي يُنزَّهُ عن كلِّ سُوءٍ

Perkataan Subbuh membawa maksud “Yang Disucikan dari segala kejahatan.”

3. Maksud yang lebih kurang sama dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi yang menyebutkan:

وقال ابنُ فارسٍ والزَّبيديُّ وغيرُهما: سبُّوحٌ هو اللهُ عز وجل، فالمرادُ بالسُّبُّوحِ القُدُّوسِ: الُمسَبَّحُ الُمقدَّسُ

“Ibn Faris dan al-Zabidi menjelaskan bahawa Subbuh itu bermaksud (sifat) Allah (sendiri) iaitu Zat Yang Disucikan dan Dibersihkan dari segala kekurangan.”

4. Berdasarkan hadis ini juga, ia memberikan makumat tambahan kepada kita bahawa adalah harus untuk kita melafazkan zikir ini di dalam rukuk dan sujud kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts