Zionis terus bom Gaza

 

SEMENANJUNG GAZA – Lapan belas lagi orang awam Palestin cedera parah selepas pesawat tentera rejim pengganas Israel mengebom pusat kebudayaan di bandar Gaza malam tadi, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 12 letupan kuat menggegarkan sekitar pusat kebudayaan itu, ketika pesawat Israel berlagar di ruang udara Gaza.

Dua roket pula ditembak dari Gaza dan jatuh berdekatan Beersheva di Israel, sejurus Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengumumkan gencatan senjata selepas berbalas tembakan dengan rejim Zionis.

Pengeboman rejim Zionis ke atas Pusat Kebudayaan al-Meshaal – mercu tanda kegembiraan penduduk Gaza – mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.Tentera udara rejim Zionis menyiarkan gambar serangan ke atas bangunan bertingkat itu yang didakwa dijadikan ibu pejabat Hamas dan pasukan keselamatannya.

Terdahulu, pesawat rejim Israel membedil 140 sasaran disyaki kedudukan Hamas. Bagaimanapun, siren kecemasan juga tidak henti-henti berbunyi di selatan Israel bermula ketika matahari jatuh semalam, menyebabkan keadaan cemas.

Dalam serangan udara besar-besaran rejim Zionis semalam, tiga, termasuk seorang wanita hamil dan bayinya berusia 18 bulan, maut, manakala 12 lagi cedera.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan mangsa adalah Alaa Youssef Ghandour, 30 tahun; dan Einas Mohammed Khamash, 23, serta bayinya Bayan. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts