Rasulullah ﷺ dan penolakan kepimpinan Abu Zar

  1. Abu Zar adalah seorang lelaki yang berkemahuan tinggi dan berjiwa keras (choleric?). Ketika bermusafir mencari kebenaran, Abu Zar telah dipertemukan dengan Rasulullah ﷺ. Setelah memeluk Islam, Baginda ﷺ menyarankan kepada Abu Zar supaya menyembunyikan keislaman beliau. Tetapi keberanian Abu Zar melangkaui nasihat ini. Abu Zar mengumumkan keislaman beliau lalu dipukul oleh Quraysh beramai2 …

Kenapa tutup majlis dengan surah al-Asr?

  1. Meneroka pengertian surah al-Asr, al-Imam al-Shafi’e menegaskan bahawa sekiranya tiada surah lain diturunkan, surah al-Asr ini sudah memadai buat manusia kerana ianya mengandungi pengajaran yang diperlukan dari al-Quran. 2. Surah al-Asr menegaskan kepada kita bahawa manusia berada di dalam kerugian. Al-Nablusi (al-Nabulsi) mengajak kita berfikir akan apa yang dimaksudkan dengan kerugian. Dalam perniagaan, …

Rasulullah SAW dan memelihara aqidah anak

  1. Rasulullah ﷺ sangat menekankan keutamaan memelihara aqidah anak seorang Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menggambarkan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. (Tuhfah al-Maudud) …

Islamisasi suburkan perdamaian masyarakat: Timbalan Mufti

  KENYATAAN seorang pemimpin sebuah gerakan feminis di negara ini yang kononnya keganasan akan subur dan masyarakat negara ini akan berpecah belah sekiranya agenda Islamisasi yang berlaku di Malaysia berterusan adalah kenyataan yang lahir dari kedengkian terhadap usaha menampilkan keindahan Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ pembawa rahmat kepada alam. Beliau juga mengatakan Islamisasi adalah satu …

Menjaga batasan pergaulan (ikhtilat)

  1. Dalam memelihara batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, Islam meletakkan beberapa asas sebagai panduan bagi memelihara umatnya dari terjebak dengan fitnah yang membinasakan. 2. Allah berfirman di dalam al-Quran: وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ ۚ ذَٰلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ ۚ Maksudnya: Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri …

Menjadikan anakmu imam

  1. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan satu kisah yang menarik berhubung keislaman ayah kepada Amru ibn Salamah. Di dalam hadith yang panjang ini, Amru ibn Salamah menceritakan bagaimana bangsa Arab ketika itu masih ragu-ragu tentang kenabian Rasulullah ﷺ. Mereka berpandangan, sekiranya Rasulullah ﷺ adalah Nabi yang benar, Baginda pasti akan menguasai kaumnnya di Mekkah nanti. 2. …

Rasulullah SAW dan memudahkan urusan perkahwinan

  1. Imam Ahmad serta Ibn Hibban meriwayatkan satu hadith yang sangat menarik dalam urusan perkahwinan. Sabda Rasulullah: إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ : تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا ، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا ، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا Maksudnya: “Sesungguhnya antara kebaikan (keberkatan/kebahagiaan) seorang wanita itu adalah pada mudahnya urusan pertunangannya, rendahnya (mudah) urusan maharnya serta senangnya dalam menghubung silaturrahim.” (Ahmad, Musnad, …

Tafsir al-Quran perlu tepat, elak maksud diseleweng: Timbalan Mufti

  ALLAH SWT sudah menjamin keaslian al-Quran tetap kekal hingga hari kiamat seperti terkandung dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9) Namun, dari sudut tafsirannya masih terbuka ruang untuk diselewengkan jika tidak menurut kaedah yang betul, lebih-lebih lagi jika memang ada niat buruk ketika menafsirkan …