1,000 helai selimut untuk warga Kashmir hadapi musim sejuk

 

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Malaysian Women For Kashmir (MW4K) dan Malaysian Kashmir Youth Movement (MKYM) akan menyumbangkan kira-kira 1,000 helai selimut kepada warga di wilayah Kashmir dan Jammu melalui kempen ‘Winter Aid For Kashmir’.

Kempen yang dilancarkan hari ini bertujuan membantu warga Kashmir menghadapi musim sejuk terburuk sejak 20 tahun lalu selain menyampaikan mesej kemanusiaan kepada dunia.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, lebih 40,000 pelarian kini berada di kawasan Azad Jammu Kashmir sebelah Pakistan telah melarikan diri daripada penindasan tentera India di wilayah Jammu dan Kashmir.

Selain menghadapi musim sejuk, katanya, mereka juga menderita akibat tekanan dari tentera India sehingga kebebasan pergerakan mereka dibatasi dan kehidupan harian terjejas.

Mohd Azmi berkata, sumbangan ini telah dirancang sejak sebulan lalu bersama Pengerusi MW4K, Datin Ustazah Rosiah Salleh yang juga hadir dalam majlis perasmian itu untuk membantu warga Kashmir yang ditindas.

Walaupun usaha tersebut dilihat kecil, namun katanya, mereka berusaha untuk menyampaikan mesej kepada saudara-saudara se-Islam di seluruh dunia bahawa warga Kashmir itu tidak keseorangan.

“Selimut berharga RM65 untuk melindungi seorang kanak-kanak daripada kesejukan melampau itu mungkin tidak bernilai kepada kita.
“Namun pada mereka ia merupakan satu mesej yang disampaikan oleh saudara yang tidak dia kenali bahawa mereka tidak keseorangan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran itu.

Beliau berkata, setakat ini mereka berjaya mengumpulkan 500 helai selimut untuk disumbangkan kepada warga Kashmir pada 25 Disember nanti.

“Namun jika ada pihak yang ingin menyumbang lebih banyak dalam masa terdekat ini, mungkin kita boleh dapat lebih daripada 1,000 helai,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Azmi turut menegaskan bahawa mereka tidak akan meminggirkan Kashmir dan terus membantu mereka serta menentang penindasan yang berlaku di sana.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Pakistan di Malaysia, Amna Balloch dalam ucapannya menghargai usaha Mapim yang memberikan sentimen yang kuat berkenaan isu ummah yang semakin daif.

“Ummah adalah satu entiti yang mana jika seseorang itu disakiti, orang lain turut merasakannya.

“Mapim bukan sahaja membantu pelarian Kashmir, namun memperkenalkan isu ini di Malaysia di semua peringkat,” katanya.

Pegawai Eksekutif Operasi M & M Construction, Datuk Seri Mohd Nazir Meraslam pula memuji pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk menyampaikan mesej kemanusiaan kepada dunia selain daripada mengharapkan kerjasama daripada pihak kerajaan.

“Walaupun kuasa Islam di seluruh dunia adalah kuat, namun mereka tetap dilihat lemah kerana ada antara mereka yang enggan membantu orang-orang yang ditindas,” katanya sebagai wakil perasmi iaitu Penaung Malaysian Women For Kashmir (MW4K), Datin Seri Noor Jehan Mohd Ariffin.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah penaung MKYM, Tengku Aslahuddin Ja’far Tengku Azlan dan wakil NGO lain iaitu Syria Care, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Persaudaraan Muslimah (Salimah) dan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care).

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ena Eda Zainul Nor di talian 014-2373200 atau 011-18814769; Wan Rusyainie Wan Mohd (012-6345895); Abdul Muiz Azmi (019-6960126) atau disalurkan kepada akaun 8602-7159-30 (CIMB) atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Belajarlah bahasa al-Quran

  Ramadan yang dilalui dalam cabaran pandemik COVID-19 kali ini sudahpun melabuhkan tirainya. Walau suasananya agak berbeza, tetapi…