1,000 tabung solat Subuh diedar untuk bina bangunan baru masjid

Melaka: Bagi merealisasikan pembinaan bangunan masjid baharu bernilai RM2.5 juta, jawatankuasa Masjid As-Solehin Kampung Paya Rumput di sini, mengagihkan 1,000 tabung solat Subuh kepada kariah di kawasan berkenaan.

Pengerusi masjid itu, Datuk Wira Yasin Sarif berkata, tabung berkenaan diberi percuma dan boleh disimpan di kediaman masing-masing.

Katanya, mereka bebas mengisi tabung berkenaan sebelum atau selepas solat Subuh setiap hari sebelum tabung diserahkan kepada pengurusan masjid setiap minggu.

“Tabung berkenaan juga tidak perlu dikembalikan sebaliknya hadiah daripada masjid sebagai usaha menggalakkan mereka menginfaq kepada aktiviti agama dan pembangunan Islam.

“Bangunan baharu dua tingkat yang akan dibina ini bakal dilengkapi ruang solat, peralatan, dewan dan zon aktiviti kemasyarakatan membolehkan jemaah lebih selesa,” katanya.

Menurut Yasin, masjid sedia ada sudah berusia hampir 100 tahun sekali gus tidak dapat menampung pertambahan jemaah.

Bagaimanapun, kata Yasin, struktur lama masjid dan ciri-ciri uniknya akan terus dipelihara.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Masjid As- Solehin Paya Rumput di 5541 2954 6986.

Sementara itu, jemaah, Isa Yusof, 80, menyambut baik usaha berkenaan kerana ia mendorong orang ramai berinfaq walaupun dalam jumlah kecil.

“Saya yakin perancangan pembangunan masjid ini akan berjalan lancar menerusi sumbangan orang ramai,” katanya.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts