home Semasa Pasukan khas teliti subjek pendidikan Islam, motif Nie Ching dipersoal

Pasukan khas teliti subjek pendidikan Islam, motif Nie Ching dipersoal

 

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menerima kecaman hebat selepas membuat hantaran di Facebook mengenai hasrat kementerian itu untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu-isu membabitkan pendidikan Islam.

Dalam hantaran itu, Nie Ching mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook mendesak pemimpin DAP itu menjelaskan motif sebenar di sebalik kewujudan pasukan petugas khas berkenaan yang dilihat seolah-olah mahu mencampuri hal ehwal agama Islam.

“Menteri Pendidikan (Dr. Maszlee Malik) yang beragama Islam tu pun tidak pernah sebut pun ada masalah (dalam pelajaran agama Islam) ini.

“Kenapa anda (Nie Ching) pula yang lebih-lebih? Adakah langkah mewujudkan pasukan ini dipersetujui oleh menteri?,” soal seorang pengikut Facebooknya, Harris Mohd Sani.

Kamalia Sadik pula melontarkan komentar dengan meminta pihak kementerian menjelaskan apakah yang tidak kena dengan mata pelajaran agama Islam sehingga pasukan berkenaan hendak diwujudkan.

Semakan NMP bagaimanapun mendapati, hantaran Nie Ching itu sudah dipadam.

Namun, terdapat warganet yang sempat membuat tangkap layar terhadap hantaran berkenaan sehingga ia terus menjadi bualan dan perdebatan hangat di laman sosial.

 

Terdapat juga gesaan supaya Dr Maszlee menjelaskan kesahihan langkah kementerian mewujudkan pasukan petugas khas itu.

Dr Maszlee belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

 

 

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pernah dikecam kerana mencadangkan supaya guru agama Islam dari semenanjung tidak dihantar ke negeri tersebut.

Pada tahun 2013, Ahli Parlimen Kampar dari DAP, Dr Ko Chung Sen pula pernah mencadangkan supaya Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) di universiti dihapuskan sebagai subjek wajib.

Bagaimanapun, Chung Sen menarik balik kenyataan dan memohon maaf dengan menjelaskan bahawa beliau hanya mahu ia ditukar sebagai subjek elektif. – New Malaysian Post

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Pasukan khas teliti subjek pendidikan Islam, motif Nie Ching dipersoal

  1. Cadangan dari seorang menteri yang tidak sedar diri asal usul walaupun dtg ketanah melayu sebagai pendatang haram tetap dengan kesombongan cuba menyampuri hal hal yang menjadi hak org islam dan bumiputra mari kita bersatu bangkit menentang untuk menegakkan kebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *