13 penunjuk perasaan Palestin cedera akibat kekerasan rejim Israel

BAITULMAQDIS – Seramai 13 rakyat Palestin cedera ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki, pada Jumaat menurut kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin.

Penunjuk perasaan diadakan di beberapa daerah di Tebing Barat, terutama di bandar Beita di Nablus dan Kafr Qaddum di Qalqilya, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel bertindak menggunakan gas pemedih mata serta peluru hidup dan getah terhadap penunjuk perasaan.

Seorang sukarelawan kesihatan antara yang cedera, menurut kenyataan itu. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts