KPM usaha tingkatkan bilangan guru Pendidikan Islam

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan pelbagai pendekatan untuk menambah bilangan guru di seluruh negara, termasuk subjek Pendidikan Islam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Mohamad Alamin, berkata antara tindakan berkenaan termasuk perbincangan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan guru Pendidikan Islam di Sabah.

Katanya, perbincangan itu adalah antara usaha kementerian memastikan institusi pendidikan menghasilkan lebih ramai guru Pendidikan Islam yang kompeten untuk memenuhi kekurangan berkenaan.

“Kita juga akan berbincang dengan semua kerajaan negeri untuk memastikan cara yang sesuai bagi universiti tempatan melahirkan guru Pendidikan Islam untuk menampung keperluan di setiap negeri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang bertanya bilangan keperluan tambahan bagi guru Pendidikan Islam dan langkah diambil kerajaan bagi memastikan bilangan guru Pendidikan Islam mencukupi.

Sebelum itu, Mohamad memberitahu setakat 30 Ogos lalu, bilangan guru agama bagi sekolah rendah adalah sebanyak 40,713, manakala bagi sekolah menengah adalah 16,024 orang. – HARAKAHDAILY

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts