14 negara Kesatuan Afrika bentuk blok tolak keanggotaan Israel

 

ADDIS ABABA– Kembalinya Israel ke Kesatuan Afrika (AU) sebagai negara pemerhati telah mencetuskan reaksi besar di benua itu, dengan 14 negara dikatakan bersedia untuk membentuk blok menolak keanggotaan negara haram tersebut.

Akhbar dalam talian Rai Al-Youm melaporkan bahawa Algeria telah bersetuju dengan Afrika Selatan, Tunisia, Eritrea, Senegal, Tanzania, Niger, Kepulauan Comoro, Gabon, Nigeria, Zimbabwe, Liberia dan Seychelles untuk mengusir Israel dari AU.

Dilaporkan bahawa blok baharu akan menolak keputusan untuk memasukkan Israel ke dalam AU bagi memelihara prinsip-prinsip kesatuan dan menyokong negara Palestin.

Menteri Luar Negeri Algeria, Ramtane Lamamra diharapkan dapat membincangkan isu keanggotaan Israel di AU dalam perjalanannya yang akan datang ke Tunisia, Ethiopia, Sudan dan Mesir.  

Beliau sebelumnya telah menegaskan bahawa Algeria tidak akan berdiam jika Israel dibenarkan memasuki blok.

Walaupun Rai Al-Youm tidak memasukkan Namibia ke dalam senarai negara yang bersetuju dengan Algeria untuk menyekat kemasukan Israel, Kementerian Hubungan Antarabangsa Negara Barat Daya Afrika menolak dengan tegas mengenai keputusan AU untuk memberikan status pemerhati kepada negara penjajah itu.

“Pemberian status pemerhati kepada penjajah bertentangan dengan prinsip dan objektif Undang-Undang Perlembagaan Kesatuan Afrika,” kata Pengarah Eksekutif Kementerian Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Namibia, Penda Naanda dalam satu kenyataan.

Naanda mengatakan, adalah salah untuk memberikan status pemerhati kepada Israel, terutama pada saat ini, ketika negara tidak diiktiraf itu meningkatkan tindakan penindasannya dan melanggar undang-undang antarabangsa serta mengabaikan hak asasi manusia rakyat Palestin.  

Beliau menegaskan bahawa keputusan Suruhanjaya AU bertentangan dengan komitmen tegas yang biasa dilakukan oleh beberapa ketua negara dan kerajaan Afrika yang secara tegas menyokong perjuangan Palestin.

“Oleh itu, Namibia memisahkan diri daripada memberikan status pemerhati kepada Israel,” kata kenyataan itu.

Afrika Selatan adalah salah sebuah negara pertama yang mengecam keputusan AU.

Ia ‘terkejut’ dengan keputusan untuk memberikan Israel status pemerhati terhadap blok 55 negara. – Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts