Taufan Al-Aqsa tunjuk kepada dunia Palestin pilih berjuang, tidak tunduk kezaliman Zionis

KUALA LUMPUR: Operasi Taufan Al-Aqsa yang digerakkan pejuang Palestin menunjukkan kepada dunia rakyat negara itu memilih berjuang dan berkorban demi menegakkan keadilan dan kebebasan daripada tunduk tersungkur dalam penghinaan.

Setiausaha Agong Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Azizuddin Ahmad berkata, peperangan terbaru itu membuktikan kegagalan ketenteraan dan bencana politik bagi Israel dengan skala yang sangat besar.

“Keangkuhan Israel telah menjadikannya terlalu mengagungkan diri sendiri dan melampau dalam menindas selaku penjajah haram, lantas memandang rendah kehendak dan keupayaan rakyat Palestin.

“Peristiwa-peristiwa tragik sebelum ‘intifadah Palestin’ terbaru ini telah menyaksikan pencerobohan haram hampir setiap hari oleh Israel selain mencemarkan Masjid al Aqsa, Al Quds yang juga telah menyaksikan jumlah rekod kematian dan kecederaan rakyat Palestin di tangan penjajah kejam dan teroris peneroka haram Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya sekian lama peneroka haram Israel melakukan rampasan tanah dengan begitu jahat, mencuri rumah dan harta benda rakyat Palestin sesuka hati dan sewenang-wenangnya.

Malah Tentera Israel juga telah melancarkan serangan dengan ganas dan berleluasa seperti serangan yang memusnahkan penempatan di Jenin membunuh ramai orang awam tanpa sebarang penyesalan atau akauntabiliti

Oleh itu Azizuddin berkata peperangan terbaru ini menunjukkan bahawa rakyat Palestin tidak boleh diabaikan atau dianggap tidak relevan demi mencapai keamanan yang berkekalan.

Katanya WADAH mengulangi dan menyatakan solidariti sepenuhnya bersama rakyat Palestin dalam perjuangan untuk pembebasan dan hak penentuan nasib negara mereka serta menyokong penuh perjuangan melindungi dan mempertahankan kesucian Al Aqsa dan tanah suci Al Quds.

WADAH menggesa semua negara dan rakyat yang mencintai kebebasan dan keadilan untuk menyokong penuh perjuangan Palestin dan menuntut penamatan pencerobohan kejam Israel. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Masuk penjara jadi al-hafiz

  MARANG – ​​​​​Hikmah disebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar al-hafiz. Faisal (bukan…