14 penunjuk perasaan Palestin cedera ditembak Israel

GAZA – Sekurang-kurangnya 14 penunjuk perasaan Palestin cedera akibat ditembak pengganas Israel berdekatan pagar keselamatan di Semenanjung Gaza pada Rabu, menurut saksi dan sumber perubatan.

Difahamkan, penunjuk perasaan cedera akibat tembakan peluru hidup dan kesan gas pemedih mata ketika perarakan demontrasi oleh Angkatan Nasional dan Islam, sebuah gabungan kumpulan politik Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata, lima orang dilaporkan cedera akibat peluru hidup, dua lagi ekoran peluru getah dan tujuh yang lain cedera ringan kerana gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan itu diadakan untuk memprotes dan menolak pengepungan pengganas Israel, selain menggesa pembangunan semula Gaza setelah 11 hari serangan rejim pada Mei lalu.

“Kegiatan popular itu akan berterusan sehingga pengepungan yang dilakukan ke atas Gaza ditarik balik,” kata tokoh terkemuka kumpulan Jihad Islam, Muhammad al-Hindi.

Pada masa sama, kumpulan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa mereka telah menghantar mesej melalui Mesir mengenai peningkatan terbaharu.

Sehingga kini, lebih dua juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dikepung. Mereka menderita keadaan hidup yang sangat teruk akibat sekatan berterusan Israel sejak tahun 2006. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts