1,500 mat motor berbuka puasa sambil menderma

Md Taufik Md Daud,30 (tengah) mengambil gambar selfie bersama sebahagian mat motor yang menyertai Majlis Iftar Ramadan Sek Motor 2016 Kelantan di Restoran Pulau Lima, Bachok.
Md Taufik Md Daud,30 (tengah) mengambil gambar selfie bersama sebahagian mat motor yang menyertai Majlis Iftar Ramadan Sek Motor 2016 Kelantan di Restoran Pulau Lima, Bachok.

 

BACHOK: Lebih 1,500 mat motor seluruh negeri ini berkumpul dalam program berbuka puasa sambil memberi sumbangan kepada badan kebajikan yang terpilih.  Penganjur, Mohd Taufiq Md Daud, 30, berkata program julung kali diadakan itu bagi meraikan kepulangan perantau menyambut Aidilfitri, berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM5,000.

Katanya, program itu dianjurkan Kumpulan Mat Motor Isabella 96 dengan kerjasama Restoran Pulau Lima, Bachok.  “Walaupun kumpulan kami tidak didaftarkan secara rasmi namun pembabitan ahli mencecah 500 orang dan sudah banyak kali menganjurkan program berkebajikan membabitkan mat motor sejak tahun 2012,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar Ramadan Sek Motor 2016 Kelantan di Restoran Pulau Lima, di sini, malam tadi.

Turut hadir sama, Pemilik Restoran Pulau Lima yang juga penganjur bersama, Nik Catinal Johari Ismail.  Mohd Taufik berkata, program yang diadakan secara terbuka kepada penunggang motosikal daripada motor berkuasa tinggi hingga ke Honda Cup itu bermatlamat mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap golongan mat motor di samping mendidik mereka yang kebanyakannya berusia sekitar 15 hingga 30-an kepada aktiviti lebih sihat dan bermanfaat kepada orang ramai.

“Aktiviti yang kita anjurkan juga lebih ke arah santai kerana kita tidak mempunyai peruntukan khusus dan apa yang penting kita nak bagi khidmat bakti kepada masyarakat,” katanya.  Antara aktiviti lain yang pernah dianjurkan adalah kutipan amal Save Gaza dan misi bantuan kepada mangsa banjir tahun 2014.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/170935

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts