153 Ahli Parlimen gesa Perancis iktiraf negara Palestin

 

PARIS – Lebih daripada 150 Ahli Parlimen Perancis menandatangani surat kepada Presiden Francois Hollande, menggesa beliau untuk secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Menerusi isi kandungan surat yang disiarkan di media Perancis pada Ahad, seramai 153 Ahli Parlimen menuntut supaya Hollande membuat kesimpulan berhubung hal kenegaraan Palestin sebelum berakhir tempoh perkhidmatannya pada Mei ini.

“Perancis mesti menunjukkan kesungguhan untuk memecahkan kebuntuan terhadap konflik itu,” kata surat berkenaan merujuk kepada tindakan Israel yang berterusan menceroboh hak rakyat Palestin.

Malah surat dirangka oleh Senator Sosialis Perancis, Gilbert Roger itu turut mendesak Hollande untuk menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak diberi gelaran negeri.

“Keputusan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, di mana rejim Israel terus tegas menentang akan menjadi perkara yang menghormati undang-undang antarabangsa dan menghormati hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib mereka.

“Tindakan kita perlu seiring dengan kata-kata kita. Tuan Presiden perlu menunjukkan diri anda menyahut cabaran dan tidak terlepas dengan perkara ini. Oleh itu, kita perlu mengiktiraf negara Palestin mulai sekarang,” kata surat itu.

Bulan lalu, Perancis menjadi tuan rumah mesyuarat mengenai konflik Israel-Palestin sebagai tujuan menghidupkan semula usaha untuk menangani isu tersebut.

Inisiatif itu dialu-alukan oleh rakyat Palestin, namun ia mendapat kritikan oleh rejim di Tel Aviv yang menyifatkan ia sebagai usaha sia-sia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts