38,850 pek daging korban diagihkan masjid, surau JAWI

 

PUTRAJAYA: Sebanyak 38,850 pek daging korban diagihkan 66 masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula semalam hingga Jumaat ini.

Agihan daging korban daripada 555 lembu itu dibuat menerusi Program Musaadah Perdana Ibadah Korban Wilayah Persekutuan 1442H/2021M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata program dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, proses penyembelihan termasuk aktiviti lapah, memotong dan membungkus daging dilaksanakan di lapan rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan atau ladang ternakan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sekitar Lembah Klang.

“Daging korban yang siap dibungkus akan diedarkan kepada penerima berdasarkan jadual penghantaran mengikut zon bermula hari raya pertama sehingga hari raya keempat,” katanya di Facebooknya.

Program Musaadah Perdana Ibadah Korban sempena Aidiladha itu julung kali diadakan dengan kerjasama masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Zulkifli berkata, sebanyak 15,540 pek akan diedarkan kepada fakir miskin, manakala selebihnya akan diagihkan kepada peserta korban, petugas barisan hadapan dan golongan yang memerlukan.

“Saya mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan menggembirakan golongan yang memerlukan terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts