Institusi tahfiz desak individu hina Islam dikenakan tindakan tegas

 

GOMBAK – Pengusaha-pengusaha maahad tahfiz daerah Gombak mendesak individu terlibat dalam membuat provokasi terhadap Islam dikenakan tindakan tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan.

Wakil Gabungan Institusi Tahiz Gombak yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum, Alauddin Ishak berkata, hukuman itu sebagai pengajaran agar perkara seumpama itu tidak berulang pada depan.

“Kami menggesa kepada semua pihak untuk menghormati kedaulatan Islam sebagai agama negeri dan negara, Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati kedudukan Yang di- Pertuan Agong Agung sebagai ketua agama bagi Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian.

Alauddin sebelum itu bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Syura Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zaharah, Baharu Abdul Ghani dan Guru Besarnya, Mohd Azreey Aznan serta diiringi pelajar membuat laporan di Balai Polis Gombak berhubung isu penghinaan yang dilakukan pengguna Facebook terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah.

Beliau turut mendesak siasatan dibuat polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu lain yang cuba mencetuskan pelbagai provokasi serta penghinaan terhadap Islam.

“Kami juga mendesak SKMM dan kerajaan Malaysia untuk memberi amaran dan bertindak tegas seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara lain ke atas platform media sosial yang dilihat semakin membenarkan elemen-elemen pelampau dan agenda tidak sihat disebarkan di dalam negara,” katanya.

Hari ini polis berjaya menahan seorang lelaki yang melakukan penghinaan terbabit di Mentakab, Pahang.

Sebelum ini, beberapa individu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bertindak membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap si pelaku terlibat. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts