44 Orang Asli di Perak peluk Islam

IPOH, 20 April -- Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Harith Fadzillah Abd Halim (tiga, kanan) menyempurnakan pengislaman masyarakat Orang Asli pada Program Kembara Syahadah di Kampung Makmur, Ulu Kinta hari ini. Pengislaman masyarakat Orang Asli turut disaksikan oleh Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Razali Shahabuddin (dua, kiri). Seramai 44 masyarakat Orang Asli dari Daerah Kinta dan Tapah memeluk Islam pada program tersebut. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

IPOH, Khamis – Seramai 44 Orang Asli telah memeluk agama Islam di kampung Makmur Orang Asli, Ulu Kinta, semalam.

Program pengislaman Orang Asli melibatkan pelbagai peringkat umur dan jantina itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzillah Abd Halim dengan disaksikan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabuddin.

Nor Laili Osman, 21, salah seorang antara mereka yang memeluk agama Islam berkata, dia telah mengikuti rakan-rakan yang beragama Islam untuk mendengar ceramah agama dan juga melawat rumah-rumah jiran semasa Aidilfitri.

“Saya mengenali Islam dengan kawan-kawan ketika di sekolah dan hari ini saya berpeluang untuk mengucap syahadah.

“Saya satu-satunya orang yang memilih untuk memeluk Islam dalam keluarga saya, tetapi ibu bapa saya dan ahli keluarga menghormati keputusan saya,” katanya.

Bagi Muhamad Rusdi, 42, keputusan untuk memeluk agama Islam tidak datang terlalu lewat dan berasa bersyukur atas keputusan itu.

“Ramai penduduk di sini telah memeluk Islam saya telah dipengaruhi oleh mereka dan saya merasakan bahawa Tuhan mahu membawa saya ke jalan yang benar,” katanya.

Program selama dua hari mulai semalam itu adalah kerjasama antara JAIPk dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Syarikat Korporat UMW Holdings Sdn Bhd.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/44-orang-asli-di-perak-peluk-islam/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts