5,000 pelabur KWSP tukar konsep syariah dalam setengah jam

pengeluaran-kwsp

 

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Dalam tempoh tidak sampai setengah jam, sebanyak 5,000 pelabur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seluruh negara mendaftar untuk pelaburan simpanan syariah berbanding konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pendaftaran yang bermula 7.45 pagi itu menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur sendiri.

Katanya, penukaran konsep pelaburan itu bagaimanapun merupakan pilihan pelabur dan dana yang diperuntukkan hanya RM100 bilion untuk sepanjang tahun hadapan.

“Jika konsep pelaburan ini menggalakkan, kita akan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM20 bilion sehingga RM30 bilion pada tahun-tahun seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri proses pendaftaran pertama konsep pelaburan syariah KWSP di ibu pejabat bangunan KWSP, Jalan Raja Laut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts