PM Palestin runding penyatuan Fatah, Hamas

 

GAZA: Perdana Menteri Palestin tiba di Gaza dalam langkah ke arah penyatuan Fatah dan Hamas, sedekad selepas pergerakan pejuang itu merampas wilayah berkenaan.

Rami al-Hamdallah berkata, kerajaannya akan mula mengawal hal ehwal pentadbiran di Gaza, selain tanggungjawab memastikan keselamatan, termasuk di di pusat lintasan dan sempadan.

“Kami kembali ke Gaza dalam usaha merumuskan perpaduan dan penyatuan serta menamatkan kesan buruk perpecahan dan membina semula Gaza,” kata Hamdallah.

Hamas, yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel dan Barat, membuat langkah dramatik ke arah penyatuan bulan lalu, membubarkan kerajaan di Gaza, selepas Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan ekonomi terhadap penyumbang terbesar mereka, Qatar.

Berdasarkan persefahaman terdahulu, kira-kira 3,000 anggota keselamatan Fatah akan diserapkan secara berperingkat ke dalam pasukan polis Gaza, yang dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri, diketuai Hamdallah.

Usaha itu tetap membolehkan sayap bersenjata Hamas, yang dikatakan memiliki 25,000 pejuang terlatih dan lengkap, menguasai wilayah Palestin dengan dua juta penduduk itu.

Tentera yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas hilang kawalan ke atas Gaza dalam pertempuran dengan Hamas pada 2007. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts